Khabar-khabar Gembira Tentang Nabi saw di dalam Perjanjian Baru, part 4

Kembali


kerasulan Muhammad Dalam Bible. (bukti 4,5 , 6)BUKTI EMPAT: Datang dari Paran dan Terpuji di Dunia.

Di dalam buku Habakkuk bab 3 ayat 3 disebut:
Allah datang dari negeri Teman dan Yang Maha Kudus dari pegunungan Paran. Sela. Keagungan-Nya menutupi segenap langit, dan bumi pun penuh dengan pujian kepada-Nya.
Habakuk 3:3
Sudah dimaklumi bahwa Paran adalah tempat menetap Nabi Ismail seperti yang disebut di dalam buku Genesis bab 21 ayat 20 dan ia juga tempat kelahiran Nabi Muhammad. Allah berjanji menganugerahkan satu kemulian dan kedudukan yang tinggi kepada Nabi Ismail dan keturunan beliau.
Di dalam buku Genesis (Kejadian) bab 21 ayat 17 disebut mengenai kisah Nabi Ismail yang bermaksud;
Allah mendengar suara anak itu, lalu Malaikat Allah berseru dari langit kepada Hagar, kata-Nya kepadanya: “Apakah yang engkau susahkan, Hagar? Janganlah takut, sebab Allah telah mendengar suara anak itu dari tempat ia terbaring. Bangunlah, angkatlah anak itu, dan bimbinglah dia, sebab
Aku akan membuat dia menjadi bangsa yang besar.”
Kejadian 21:17
Nabi Muhammad adalah keturunan Nabi Ismail sedangkan Nabi Isa adalah keturunan Nabi Ishak. Keturunan Nabi Ismail melahirkan bangsa Arab manakala keturunan Nabi Ishak pula melahirkan bangsa Yahudi. Ayat ini jelas memaparkan kebesaran dan kemuliaan yang bakal diberikan kepada bangsa Arab daripada silsilah keturunan Nabi Ismail. Ayat ini diperkukuhkan dengan ayat lain dalam buku Isaiah (Yesaya) ayat 6 dan 7 yang bermaksud;
Sejumlah besar unta bakal menutupi daerahmu, unta-unta muda dari Madain dan Efa. Mereka semua datang dari Syeba, membawa emas dan kemenyan, serta memberitakan perbuatan masyhur Tuhan.
Segala kambing domba Kedar bakal berhimpun kepadamu, domba-domba jantan Nebayot tersedia untuk ibadahmu; semua dipersembahkan di atas mezbahku, dan aku menyemarakkan rumah keagunganku.
Yesaya 6-7
Perkataan penting yang dinyatakan di dalam ayat-ayat ini adalah unta, Kedar dan rumah keagungan Tuhan. Unta adalah kendaraan penting bagi masyarakat Arab khususnya di padang pasir. Kedar adalah anak Nabi Ismail dan daripada keturunan Kedar inilah lahirnya Bani Quraisy yang menetap dan berkuasa di bumi Mekah. Di bumi Mekah inilah berdirinya Kaabah, rumah keagungan Allah yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.
Ayat ini sekali lagi menunjukkan kemuliaan pada akhir zaman diberikan kepada keturunan Nabi Ismail daripada bangsa Arab dan ini sesuai dengan pengutusan Nabi Muhammad sebagai nabi akhir zaman.
Berdasarkan semua ini, apabila Bible menyebutkan kemuliaan dan kesucian akan datang daripada pergunungan Paran, seperti mana yang terdapat di dalam buku Habakkuk bab 3 ayat 3, ia sebenarnya menceritakan kemuliaan seorang nabi yang bakal dianugerahkan kepada bangsa Arab daripada keturunan Nabi Ismail seperti yang dijelaskan di dalam buku Genesis ayat 20.
Bukti-bukti ini diperkukuhkan dengan perkataan “pujian” yang terdapat di dalam buku Habakkuk yang bermaksud “Keagungan-Nya menutupi segenap langit, dan bumi pun penuh dengan pujian kepada-Nya”.
Ini kerana nama Muhammad bermaksud “dia yang terpuji”.

BUKTI LIMA : Peristiwa di bumi Arab dan Penghijrahan ke Tema
Di dalam buku Isaiah (Yesaya) ayat 13 hingga 15 disebut bahwa sampai satu masa bumi Arab akan dikunjungi oleh orang yang melarikan diri dari peperangan dan meminta pertolongan. Mengikut terjemahan Bible Indonesia; Al-Kitab (1993) terbitan Lembaga Al-Kitab Indonesia disebutkan;
Ucapan Ilahi terhadap Arabia, Di belukar di Arabia kamu akan bermalam, Hai kafilah-kafilah orang Dedan! Hai penduduk tanah Tema, keluarlah, Bawalah air kepada orang yang haus, Pergilah, sambutlah orang pelarian dengan roti. Sebab mereka melarikan diri terhadap perang.
Yesaya 13-15
Sebenarnya, ayat ini menceritakan kejadian yang berlaku di bumi Arab di mana golongan manusia ditindas sehingga menyebabkan mereka terpaksa berhijrah bagi mendapatkan pertolongan di bumi Tema.
Mengikut J. Hastings di dalam Dictionary of the Bible pada halaman 897, Tema adalah salah satu seorang anak Nabi Ismail. Justru, kisah ini yang wujud di dalam Bible berkait rapat dengan keturunan Nabi Ismail di bumi Arab. Beliau menyebut, Tema juga merupakan nama sebuah tempat yang pada hari ini terletak di sebelah utara Madinah di bahagian barat bumi Arab. Ayat ini juga sesuai dengan kisah penghijrahan Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya ke Madinah selepas ditindas dengan kejam oleh golongan Quraisy di bumi Mekah selama 13 tahun. Manakala kehidupan di Madinah, Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya mendapat bantuan dan pembelaan sehingga akhirnya tertegak sebuah negara Islam yang berdaulat di sana.
Kajian yang dilakukan oleh J. Hastings ini menampakkan kaitan antara ayat ini dengan penghijrahan Nabi Muhammad ke Madinah. Sekiranya cerita ini disandarkan kepada kisah Nabi Isa, ia adalah tidak benar karena Nabi Isa tidak pernah berhijrah keluar ke tanah Arab terutamanya di utara Madinah. Justru, ayat ini amat bertepatan dengan dengan sirah perjalanan hidup Nabi Muhammad yang berhijrah meminta pertolongan penduduk Madinah.

BUKTI ENAM :Keturunan Kedar Bakal Dikalahkan
Di dalam Bible Indonesia, Al-Kitab (2002) buku Isaiah (Yesaya) ayat 14 hingga 17 disebut:
Hai penduduk tanah Tema, keluarlah, Bawalah air kepada orang yang haus, Pergilah, sambutlah orang pelarian dengan roti. Sebab mereka melarikan diri terhadap perang. Sebab beginilah firman TUHAN kepadaku:Dalam setahun lagi, menurut masa kerja prajurit upahan, maka segala kemuliaan Kedar akan habis. Dan daripada pemanah-pemanah yang gagah perkasa, Daripada bani Kedar, akan tinggal sejumlah kecil saja, Sebab TUHAN, Allah Israel mengatakannya.
Yesaya 14-17
Ayat ini adalah sambungan daripada kisah penghijrahan ke Tema di bumi Arab yang disebutkan sebelum ini. Berhubung dengan Kedar, tokoh-tokoh Kristian dan Islam mengesahkan bahwa Kedar atau Qaidhar adalah anak Nabi Ismail.
A.S. Fulton di dalam The International Standard Bible Encyclopedia berkata, “Berbanding kabilah-kabilah daripada keturunan Ismail, Kedar dapat dianggap sebagai kabilah yang terpenting dan pada zaman-zaman yang kemudian, nama itu dikaitkan dengan seluruh kabilah Arab di padang pasir. Daripada Kedar inilah pengkaji-pengkaji Islam mengaitkan keturunan Nabi Muhammad kepada Nabi Ismail”.
Salah satu kabilah yang lahir daripada keturunan Kedar adalah Quraisy yang begitu berpengaruh di kota Mekah. Kabilah Quraisy banyak menentang Nabi Muhammad sehingga akhirnya berlaku hijrah dan perang Badar. Perkataan-perkataan Bible yang bermaksud “Dalam setahun lagi, menurut masa kerja prajurit upahan” begitu signifikan dengan sejarah Perang Badar karena ia berlaku pada tahun kedua hijrah setelah setahun hijrah Nabi Muhammad.
Peperangan ini dimenangkan oleh Nabi Muhammad dan pemuka-pemuka kafir Quraisy yang terbunuh berjumlah 70 orang. Kisah ini sesuai dengan kisah penghijrahan Nabi Muhammad dan peristiwa perang Badar. Kisah ini tidak berkait langsung dengan Nabi Isa karena Nabi Isa bukan dari keturunan anak Nabi Ismail yang bernama Kedar dan beliau juga tidak pernah keluar berperang dengan keturunan Kedar.

Kerasulan Muhammad Dalam Bible. (bukti 7,8 , 9) (Akhir)

BUKTI TUJUH :Nabi Yang Ummi
Di dalam Holy Bible pada buku Isaiah (Yesaya) bab 29 ayat 12 disebut;
And when the book is given to him who is not learned, saying, Read this, I
pray you, he says, I cannot read.
Manakala terjemahan Al-Kitab pula disebut;
Dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat
membaca dengan mengatakan: “Baiklah baca ini,” maka ia akan
menjawab: “Aku tidak dapat membaca.”
Yesaya 29:12
Nabi Muhammad adalah seorang ummi. Ummi bermaksud tidak tahu membaca dan menulis. Semasa berumur 40 tahun, beliau telah bermunajat di Gua Hiro. Di situlah beliau disuruh oleh malaikat Jibril supaya membaca.
Beliau menjawab, “Aku tidak tahu membaca”. Selepas itu turun wahyu pertama dari surah al-‘Alaq yang bermaksud “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan”.
Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah : “Tiba saat turunnya Jibril di Gua Hira’, Jibril menemui baginda dan memerintahkan baginda membaca dengan berkata: Bacalah!. Jawab baginda: Aku tidak tahu membaca”. Hadis ini amat bertepatan dengan ayat dari buku Isaiah tersebut.
Justru, ayat-ayat yang dipaparkan sesuai dengan apa yang terjadi keatas diri Nabi Muhammad semasa di Gua Hiro ketika kali pertama menerima wahyu. Maka, Nabi Isa bukanlah orang yang disebut di dalam ayat tersebut karena beliau bukan nabi yang digelar sebagai ummi.

BUKTI DELAPAN :Berbicara dengan Nama Allah
Mengikut Bible Indonesia, Al-Kitab disebut dalam buku Deuteronomy (Ulangan) bab 18 ayat 18 hingga 19 yaitu;
Seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka daripada saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Ku-perintahkan kepadanya. Orang yang tidak mendengarkan segala firman-Ku yang akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku, dari padanya akan Ku-tuntut pertanggungjawaban.
Ulangan 18:18-19
Ayat-ayat ini menceritakan kisah seorang nabi yang bakal dibangkitkan daripada saudara kepada bangsa Yahudi yaitu bangsa Arab. Bangsa Arab adalah saudara kepada bangsa Yahudi. Kita telah memperbincangkan sebelum ini asal usul keturunan bangsa Arab yaitu daripada Kader anak Nabi Ismail.
Buku Ulangan dipercayai oleh orang Yahudi dan Kristian sebagai “Kalam Tuhan” yang diwahyukan kepada Nabi Musa. Maka, ayat “seperti engkau ini” membawa maksud seseorang nabi yang diutus adalah mempunyai perwatakan dan ciri-ciri yang sama seperti Nabi Musa. Ayat ini tidak sedikit pun menceritakan janji tuhan mengenai kedatangan Nabi Isa karena Nabi Isa bukan berbangsa Arab, yaitu saudara kepada bangsa Yahudi.
Begitu juga dari segi perwatakan dan kehidupan Nabi Isa tidak sama dengan Nabi Musa. Tetapi Nabi Muhammad adalah tepat mempunyai persamaan dengan Nabi Musa.
Ayat ini juga menyebut sifat nabi itu yaitu Tuhan memasukkan kata- kata daripada-Nya ke dalam mulut nabi itu supaya disampaikan kepada manusia dengan tepat seperti yang diwahyukan. Nabi itu menyampaikan kata-kata Tuhan dengan menggunakan nama Tuhan.
Bible yang ada pada hari ini bukanlah kata-kata Allah yang tepat seperti yang diberitakan oleh Allah kepada Nabi Isa. Ia hanya kata-kata yang diolah oleh manusia mengikut cita rasa (hawa nafsu) mereka masing-masing. Justru, banyak semakan semula(diganti dari asalnya) dan tokok tambah(tukar tambah) dilakukan keatas Bible.
Berbeda daripada Bible, Al-Quran adalah kata-kata Allah sepenuhnya yang disampaikan melalui mulut Nabi Muhammad tanpa adanya tukar tambah, semakan semula atau pun pembetulan bahasa oleh manusia.
Disamping itu, setiap surah di dalam Al-Quran bermula dengan “Bismillahirrahmanirrahim” yang bermaksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”. Perkara ini sesuai dengan apa yang disebut oleh buku Deuteronomy ayat 18 tersebut yang bermaksud “Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Ku-perintahkan kepadanya”.
Bab-bab di dalam Bible tidak diawali dengan nama Tuhan secara khusus. Maka, ayat-ayat Bible tersebut secara jelas menceritakan kisah Nabi Muhammad yang dikurniakan “Kalam Tuhan”. Kalam Tuhan ini pula dipanggil Al-Quran, yang dimulakan dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

BUKTI SEMBILAN: Paracletos selepas Nabi Isa
Di dalam buku John (Yohanes) bab 16 ayat 7 disebutkan mengenai perkataan Nabi Isa mengikut terjemahan Al-Kitab ;
Namun benar yang Kukatakan ini kepadamu: Adalah lebih berguna bagi kamu, jika Aku pergi. Sebab jikalau Aku tidak pergi, Penghibur itu tidak akan datang kepadamu, tetapi jikalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepadamu.
Yohanes 16:7
Manakala di dalam buku John (Yohanes) bab 14 ayat 16 dan 17 disebutkan;
Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya, yaitu Roh Kebenaran. Dunia tidak dapat menerima Dia, sebab dunia tidak melihat Dia dan tidak mengenal Dia. Tetapi kamu mengenal Dia, sebab Ia menyertai kamu dan akan diam di dalam kamu.
Yohanes 14:16-17
Di dalam Injil Yohanes sahaja kita akan menemui perkataan Paracletos. Kadang-kadang perkataan Paracletos ditulis juga Paraclete. Namun kedua-dua perkataan ini mempunyai tujuan dan maksud yang sama. Apa yang jelas perkataan ini disebut oleh Nabi Isa yang menyatakan bahwa akan datang seorang nabi selepas beliau dan dia hidup bersama-sama dengan umat manusia selama-lamanya.
Di dalam Bible terjemahan bahasa Inggris menggantikan perkataan Paracletos ini dalam ayat diatas dengan Comforter dan Consoler. Terdapat juga tokoh-tokoh Kristian menafsirkan Paracletos ini sebagai Holy Spirit atau Roh Suci.
Di dalam Al-Kitab (2002) menterjemahkan perkataan Paracletos kepada dua perkataan yang berlainan yaitu Penghibur dan Penolong tetapi ayat ini menjelaskan tujuan yang sama yaitu akan datang seseorang selepas Nabi Isa yang akan menyampaikan risalah kebenaran.
Perlu diketahui bahwa penafsiran Paracletos sebagai Roh Suci jelas bertentangan dengan doktrin agama Kristian yang menetapkan Roh Suci sudah sedia ada kerana dia adalah Tuhan dalam konsep Tritunggal atau Trinity. Justru, mustahil Roh Suci yang sedia ada akan datang hanya selepas pemergian Nabi Isa. Di dalam buku agama Kristian bertajuk Anchor Bible di halaman 1135 disebutkan;
Perkataan Paracletos hanya dapat ditemui di dalam tulisan-tulisan St. John sahaja. Secara tradisinya pula, Paracletos dikaitkan dengan Roh Suci tetapi tokoh-tokoh seperti Spitta, Delafosse, Windisch, Sasse, Bultman dan Betz mempertikaikan pandangan ini. Mereka mengatakan Paracletos pada asalnya adalah seorang manusia penyelamat yang kemudian di salah tafsirkan sebagai Roh Suci”
Perkataan Paracletos sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani Kuno yaitu bahasa bagi Gospel of John dan kalimat yang lebih tepat dalam Yunani Kuno adalah Periclytos. Kamus Alexandre’s Dictionnaire Grec- Francais menjelaskan, perkataan Periclytos berasal daripada suku kata peri dan cleotis. Apabila dicantumkan ia membawa maksud “yang terpuji”.
Semua ini sesuai dengan nama Ahmad dan Muhammad. Justru, dalam setengah versi Perjanjian Baru yang ditulis dalam bahasa Arab, perkataan Paracletos digantikan dengan perkataan Ahmad.
Terdapat juga tokoh-tokoh Krsitian mengatakan paracletos akhir zaman adalah Nabi Isa dan bukannya Nabi Muhammad. Pendapat ini tidak boleh diterima pakai karena:
1. Di dalam buku John (Yohanes) bab 4 ayat 16 dengan jelas menyebut
Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya”. Ayat ini menjelaskan, paracletos yang akan datang selepas Nabi Isa adalah “penolong yang lain” dan bukan beliau sendiri.
2. Paracletos menjadi saksi mengenai Nabi Isa dan hal ini disebut dalam buku John (Yohanes) bab 16 ayat 13 hingga 15 yang bermaksud; “Masih banyak hal yang harus Kukatakan kepadamu, tetapi sekarang kamu belum dapat menanggungnya.Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang. Ia akan memuliakan Aku, sebab Ia akan memberitakan kepadamu apa yang diterimanya dari pada-Ku. Segala sesuatu yang Bapa punya, adalah Aku punya; sebab itu Aku berkata: Ia akan memberitakan kepadamu apa yang diterimanya dari pada-Ku.”
Begitu juga disebut dalam John ayat 26 bermaksud “Sekiranya Penghibur yang akan aku utus daripada Bapa datang…Ia akan bersaksi mengenai aku”. Justru, dia adalah identitas berlainan yang menjadi saksi mengenai Nabi Isa.
3. Paracletos ini mengingatkan manusia mengenai perkara yang pernah disebut oleh Nabi Isa berpandukan buku John (Yohanes) ayat 26 bermaksud; “Dia bakal mengingatkan kamu semua yang aku katakan kepadamu”. Sekali lagi ayat ini menjelaskan mengenai orang yang lain daripada Nabi Isa mengingatkan manusia kepada ajaran sebenar beliau.
4. Paracletos ini membawa ajaran baru daripada Tuhan. Perkara ini disebutkan dalam buku Isaiah (Yesaya) ayat 9 hingga 12 terjemahan Al-Kitab Malaysia (1996) bermaksud:
“….Sekarang aku akan memberitahu kamu hal-hal baru sebelum semua itu berlaku. Nyanyikanlah lagu baru bagi TUHAN; pujilah Dia, hai seluruh bumi! Pujilah Dia, hai laut dan semua isinya, bernyanyilah, hai penduduk negeri-negeri jauh! Hendaklah padang gurun dan kota-kotanya memuji Allah; hendaklah orang Kedar memuji Dia…”
Al-Quran adalah “nyanyian baru” daripada Allah. Ia wajib dibaca dengan cara bacaan dan sebutan yang betul dalam bahasa ia diturunkan yaitu bahasa Arab. Isi-isinya mengandungi syariat dan peraturan yang baru dan sesuai hingga akhir zaman. Bahasanya adalah baru dan berseni tinggi tanpa tandingan bahkan manusia dan jin tidak dapat mencipta seindah bahasa Al-Quran.
“Daripada tulisan-tulisan saya ini, saya ingin menunjukkan, ajaran Islam yang berkaitan aspek-aspek ketuhanan dan rasul akhir zaman adalah benar. Saya mengasihi Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sebagaimana saya mengasihi Nabi Muhammad dan semua rasul-rasul yang lain”
Reverend David Benjamin Keldani,
Bekas paderi Roman Katholik:
Muhammad in the Bible


Nabi Isa as di utus untuk kaumnya sendiri

          Firman Allah swt  (QS Ali Imran ; ayat 49)
49. dan (sebagai) Rasul kepada Bani Israil (yang berkata kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepadamu dengan membawa sesuatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu, Yaitu aku membuat untuk kamu dari tanah berbentuk burung; kemudian aku meniupnya, Maka ia menjadi seekor burung dengan seizin Allah; dan aku menyembuhkan orang yang buta sejak dari lahirnya dan orang yang berpenyakit sopak; dan aku menghidupkan orang mati dengan seizin Allah; dan aku kabarkan kepadamu apa yang kamu Makan dan apa yang kamu simpan di rumahmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah suatu tanda (kebenaran kerasulanku) bagimu, jika kamu sungguh-sungguh beriman.

     Hal ini dibuktikan pula oleh ayat ayat dalam Injil / Gospel ;
     Maka kata Daud kepada Abigail ; segala puji bagi tuhan. Allah orang israil, disuruhkannya engkau mendapatkan aku pada hari ini (1 Samuel 25 ; 32). Dan lagi titah baginda demikian; segala puji bagi tuhan. Allah orang israil, yang mengaruniakan pada hari ini seorang yang duduk diatas tahta kerajaanku, sehingga mataku sendiri telah melihatnya (1 raja raja ; 1 ; 48)
     Segala puji bagi tuhan, Allah orang israil, daripada kekal datang kepada kekal .maka hendaklah segenap banyak orang  mengatakan  amiin, segala puji bagi tuhan (1 kitab taraweh 16 ; 36). Maka kata baginda ; segala puji bagi tuhan, Allah orang israil , yang telah berfirman kepada mulutnya kepada ayahku Daud. Dan yang sudah menyampaikan dia dengan tangannya, firmannya (1 kitab taraweh 6 ; 4)
     Jangan sangkakan aku datang hendak merombak hukum Torat atau kitab nabi nabi. Bukannya aku datang hendak merombak , melainkan hendak menggenapinya, karena sesungguhnya aku berkata kepada mu , sehingga langit dan bumi lenyap, satu noktah atau satu titikpun sekali kali tiada akan lenyap daripada hukum Torat itu sampai semuanya telah jadi (5 Matius  17 ; 18 ) dan lain lain