PENGERTIAN AHLI & SUNNAH DAN JAMA AH

Kembali                                                                SELANJUTNYA

Istilah atau kalimah Ahli Sunnah wal-Jamaah memang sudah tidak asing lagi kepada masyarakat Islam Nusantara. Namun, apabila membicarakan masalah Ahli Sunnah wal-Jamaah terlalu sedikit yang mengetahui pengertian kalimah ini. Oleh itu, perlulah terlebih dahulu difahami pengertiannya (istilah atau definisinya) menurut bahasa atau syara. Istilah “Ahli Sunnah wal-Jamaah” terdiri dari tiga kalimah, iaitu:
     Pertama: Pengertian Ahli
     Kedua: Pengertian Sunnah
     Ketiga: Pengertian al-Jamaah.

PENGERTIAN AHLI
Perkataan “Ahli” menurut Bahasa Arab secara ringkas boleh diartikan kepada beberapa maksud, di antaranya ialah:

1. Ahli yang rmakusdnya : “Pakar, Yang Berilmu atau Yang Pandai” sebagaimana firman Allah:
فَسْئَلُوْا اَهْلَ الذِّكْرِ اِنْ كُنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ.
“Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui”. (Al-Anbiya, 21:7).
2. Ahli yang rmaksudnya  “Pengikut atau Anggota” satu-satu aliran (pemahaman) atau kumpulan, contohnya sebagaimana yang terdapat dalam firman Allah:
يَا اَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُوْنَ بِاَيَاتِ اللهِ
“Hai Ahli Kitab! Mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah padahal kamu mengetahui kebenarannya”. (Ali Imran, 3:70).
وَاْمُرْ اَهْلَكَ بِالصَّلاَةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا
“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya”. (Taha, 20:132).

Pada ayat ini ahli yang maksudnya anggota keluarga. diantaranya ada beberapa contoh-contoh yang lain ialah: Ahli perserikatan, ahli partai, ahli mahzab, ahli tata usaha dan sebagainya.

PENGERTIAN SUNNAH
1. As-Sunnah: Sunnah menurut pengertian bahasa ialah: Tariqah ( الطريقة) “Jalan”[1] atau sirah (السيرة) “Sirah”.[2] Sebagaimana yang dikatakan:
اَلسُّنَّةُ هِيَ الطَّرِيْقَةُ ، مَحْمُوْدَةٌ كَانَتْ اَمْ مَذْمُوْمَةٌ.
“As-Sunnah ialah jalan, baik yang terpuji (baik) atau yang keji (jahat)”.[3]

2. As-Sunnah: Sunnah menurut syara:

“Apa yang diambil (diterima, dinukil, dipindah dan diriwayatkan) dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan para sahabat baginda yang menyangkut akidah dan amal”. [4] Atau:

“Cara (jalan) yang dicontohkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang dibina (diambil) dari kitab Allah Ta’ala (al-Quran), sunnah RasulNya dan jalan yang ditempuh oleh para sahabat sekalian yang telah di ijmak oleh mereka”.[5]

PENGERTIAN JAMA AH
 Al-Jamaah diambil dari kalimah (الجمع) yang bisa diartikan kepada beberapa arti:
1. Al-Jamaah yang bermaksud:

(1). “Mengumpulkan atau menyatu-padukan yang berpecah-belah (bercerai-berai)”.[6]
(2). “Bersatu dan lawannya berpecah-belah.
(3). Al-Jamaah juga (diistilahkan untuk) menunjukkan perkumpulan manusia yang bersatu untuk tujuan yang sama”.[7]
2. Al-Jamaah: Golongan yang terbesar atau yang paling banyak (السواد الاعظم) dari kalangan umat Islam.[8]
3. Al-Jamaah: Golongan (kalangan) para ulama yang mujtahid.[9]
4. Al-Jamaah: Setiap Umat Islam yang bersatu di bawah satu amir (pemerintahan Islam).[10]
5. Al-Jamaah: Secara khusus ialah para sahabat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam.[11] Pengertian ini dapat dipahami dari sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ
“Hendaklah kamu kembali (ittiba’) kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk sesudahku”.[12]
6. Al-Jamaah: Setiap mukmin yang mengikuti kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam[13] walaupun seorang diri sebagaimana athar sahih di bawah ini:
اَلْجَمَاعَةُ : هِيَ الَّتِيْ مَا اَنَا عَلَيْهِ وَاَصْحَابِيْ
“Al-Jamaah: yaitu (siapa saja yang amal dan akidahnya mengikuti aku atau persis) serupa dengan apa yang ada pada diriku dan para sahabatku (siapa saja yang sepertiku dan para sahabatku).”[14]
اَلْجَمَاعَةُ مَا وَافَقَ الْحَقَّ وَاِنْ كُنْتَ وَحْدَكَ.
“Al-Jamaah (berjamaah) atau (yang dikatakan berada dalam jamaah) ialah apabila (engkau) mengikuti kebenaran sekalipun engkau hanya seorang diri (keseorangan).”[15]

Kebenaran adalah setiap apa saja yang didatangkan oleh Allah dan disampaikan oleh RasulNya yang dikenal sebagai al-Hak (al-Quran dan as-Sunnah). Maka Al-Jamaah yang dimaksudkan oleh syarak ialah siapa saja saja yang berittiba’ kepada manhaj para sahabat karena mereka senantiasa memelihara dan mengikuti (berittiba’) kebenaran yang telah diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Firman Allah:
اَلْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلاَ تَكُوْنَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِيْنَ.
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu”. 
Al-Baqarah, 2:147.
Penafsiran yang paling tepat tentang “Jamaah” ialah:
“Mereka-mereka yang tergolong dari kalangan para sahabat karena mereka senantiasa di atas kebenaran, ahlinya dan golongan yang terbanyak (السواد الاعظم) menurut pemahaman (manhaj) salaf yang hak”.[16]

Dengan demikian, siapa saja yang mengikuti (ittiba’) manhaj para sahabat dengan baik pasti digolongkan sebagai al-Jamaah. Walaupun al-Jamaah adalah nama yang sebenarnya bagi Ahli Sunnah wal-Jamaah, tetapi antara nama-nama lain yang diberikan ialah:

1. Ahli al-Hadis atau Ahli al-Athar.
Berkata Ibn Qaiyim rahimahullah:
“Setiap individu telah mengetahui bahawa Ahli Hadits adalah golongan yang paling benar sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Mubarak: Aku dapati agama berada pada ahli hadits percekcokkan pada golongan Muktazilah, pembohongan pada ar-Rafidah dan banyak memihak pada Ahli ar-Rakii”.[17]
2. Firqah an-Najiah (Firqah al-Mansurah) atau At-Taifah an-Najiah (at-Taifah al-Mansurah). Berkata Ibn Taimiyah rahimahullah:
“Apa yang dikatakan Firqah an-Najiah ialah pengikut para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Ia adalah syiar Ahli sunnah. Dinamakan Firqah an-Najiah karena mereka itu terdiri dari Ahli Sunnah”.[18]
3. Ahli Ittiba’. Dinamakan Ahli Ittiba’ karena senantiasa berittiba’ ( mengikuti / mematuhi / mentaati ) al-Quran, as-Sunnah Rasulullah sallallhu ‘alaihi wa-sallam serta athar para sahabat radiallahu ‘anhum yang sahih.
4. Al Guraba’ (الغرباء) rmaksudnya : “Golongan yang aneh, asing, luar biasa, banyak atau sedikit” sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
بَدَاَ اْلاِسْلاَمُ غَرِيْبًا سَيَعُوْدُ غَرِيْبًا كَمَا بَدَأ فَطُوْبَى للغُرِبَاءِ.
“Islam itu dimulai dengan keadaan aneh ( asing / luar biasa ) maka akan kembali menjadi aneh ( asing  luar biasa ) maka berbahagialah orang yang asing itu”.[19]
نُقِلَ عَنْ سُفْيَانِ الثَّوْرِيِّ اَنَّهُ قَالَ : اِسْتَوْصُوْا بِاَهْلِ السُّنَّةِ خَيْرًا فَاِنَّهُمْ غُرَبَاءُ.
“Dinukil dari Sufyian ath-Thauri beliau berkata: Berwasiatlah kamu kepada Ahli Sunnah dengan kebaikan karena mereka guraba”.

Dengan penjelasan ini, golongan yang paling tepat dinamakan al-Jamaah atau Ahli Sunnah wal-Jamaah, Firqah an-Najiah atau nama-nama yang berkaitan dengan Jamaah Islamiyah, maka mereka ialah para sahabat, tabiin, tabiut at-tabiin dan siapa saja yang mengikuti manhaj para sahabat dengan baik, terutama kalangan ulama mujtahid yang berpegang kepada manhaj al-Kitab dan as-Sunnah.[20]

Gelar Ahli Sunnah wal-Jamaah muncul di akhir zaman sahabat, ini berdasarkan keterangan yang diambil dari athar Ibn Abbas apabila beliau menafsirkan Firman Allah:[21]
يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوْهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوْهٌ.
“Pada hari yang diwaktu itu ada muka yang putih berseri dan ada pula muka yang hitam muram”. Ali Imran, 3:106.

Menurut Ibn Abbas radiallahu ‘anhu:
“Adapun orang yang putih berseri-seri mukanya ialah Ahli Sunnah wal-Jamaah dan Ulul al-Ilm dan yang hitam muram mukanya ialah Ahli bid’ah atau orang yang sesat”.[22]