Kembali
Nabi Ibrahim a.s. (sekitar 2013 SM-?) merupakan nabi yang sangat penting dalam agama Islam, dan juga agama lain seperti Kristian dan Yahudi. Beliau telah diberi gelar Khalil Ullah, atau Sahabat Allah. Selain itu beliau bersama anaknya nabi Ismail a.s. terkenal sebagai pembina Ka'bah.
Nabi Ibrahim a.s. (sekitar 2013 SM-?) merupakan nabi yang sangat penting dalam agama Islam, dan juga agama lain seperti Kristian dan Yahudi. Beliau telah diberi gelar Khalil Ullah, atau Sahabat Allah. Selain itu beliau bersama anaknya nabi Ismail a.s. terkenal sebagai pembina Ka'bah.
1. Sejarah awal Nabi Ibrahim a.s.
Nabi Ibrahim adalah putera Aazar
{Tarih} bin Tahur bin Saruj bin Rau’ bin Falij bin Aaabir bin Syalih bin
Arfakhsyad bin Saam bin Nuh A.S.. Ia dilahirkan di sebuah tempat bernama “Fadan
Aram” dalam kerajaan “Babylon” yang pada waktu itu diperintah oleh seorang raja
zalim bernama “Namrud bin Kan’aan.” Sebelum itu keadaan tempat kelahirannya berada
dalam kocar-kacir. Ini adalah karena Raja Namrud mendapat petanda bahwa ada
seorang bayi yang akan dilahirkan disana dan bayi ini akan tumbuh besar dan
merampas takhtanya. Antara sifat insan yang akan menentangnya ini ialah dia
akan membawa agama yang mempercayai satu tuhan dan akan menjadi pemusnah batu
berhala. Insan ini juga akan menjadi penyebab Raja Namrud mati dengan cara yang
dahsyat. Oleh karena itu Raja Namrud telah mememrintahkan agar semua bayi yang
dilahirkan di tempat ini dibunuh, dimana golongan lelaki dan wanita pula telah
dipisahkan selama setahun.
Walaupun begitu dalam keadaan
gawat ini, kehendak Allah tetap terjadi. Isteri Aazar telah mengandung namun
tidak menunjukkan tanda-tanda kehamilan. Pada suatu hari dia terasa seperti
telah tiba waktunya untuk melahirkan anak dan dia sadar sekiranya jika
diketahui Raja Namrud yang zalim pasti dia serta anaknya akan dibunuh. Dalam
situasi ketakutan itu , ibu nabi Ibrahim telah bersembunyi dan melahirkan
anaknya di dalam sebuah gua yang berdekatan dengan rumahnya. Setelah itu, dia
memasukkan batu-batu kecil kedalam mulut bayinya itu dan meninggalkannya
seorang diri. Seminggu kemudian, dia bersama suaminya telah kembali ke gua
tersebut dan terkejut melihat nabi Ibrahim a.s masih hidup. Selama seminggu,
bayi itu menghisap celah jarinya yang mengandung susu dan makanan lain yang
berkhasiat. Semasa berusia 15 bulan tubuh Nabi Ibrahim telah tumbuh besar
dengan cepatnya seperti kanak-kanak berusia dua tahun. Maka kedua ibu bapanya
berani membawanya pulang kerumah mereka.